<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d22367496\x26blogName\x3dadoi+panas+banget+!\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://sungguh-panas.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://sungguh-panas.blogspot.com/\x26vt\x3d2105292191961755102', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
SUEE
Love Affair
Currently Listening To

Boy Kill Boy - Back Again
The Fray - Over My Head
HIM - Killing Loneliness
Jupiter Sunrise - This Beauty
Razorlight - In The Morning

Beau Monde
Aen
Ad Banana
Ahmed Haliim Khan GAYY
Amirah
Anisah
Ara
Ayu-step-Yulia Y
Badriah
Faizah Jolie Y
Fara Twinnie
Izwan
Luqiee-man
Mas Begok
NASA
Nadhirah
Syamimi Mulyani



Try Goodbye
February 2006
March 2006
April 2006


Extra

cbox :D



Disclaimer
Designer: shocking/casualty
Hosted: Blogger,imageshack
Brushes: 1, 2
Image(s): 1,2, 3
Wednesday, April 26, 2006

Suasana di bilik kaunseling itu tenag dan sunyi. Puan Halimah duduk di kerusi, matanya sayu merenung Fahiza.

"Saya sebagai anak terbuang, cikgu. Tidak ada kedamaian lagi dalam hidup saya sekarang," kata Fahiza dengan penuh hiba. Air matanya bergenang di kelopak mata. Fahiza mengesat matanya lalu memandang ke tingkap. Kenangan-kenangan silamnya itu menghantui pikirannya. Dia berasa takut.

Puan Halimah merenung ke mata Fahiza. Muka perempuan itu pucat seperti ternampak hantu tapi dia tahu ia tidak mungkin. Masalahnya tidak ada kena-mengena dengan hantu tetapi masalah yang tidak begitu susah untuk Puan Halimah mengesan. kerana kebanyakan murid-murid yang dia telah kaunsel selalunya ada masalah dengan keluarga.

Fahiza mahu mengeluarkan perasaannya terhadap Puan Halimah tetapi apabila dia mahu bercakap, wajah ayahnya terpampar di kepalanya. Ayahnya, seorang yang penyanyang, telah berubah sejak Fahiza masuk ke sekolah menengah. Dia semakin tegas. Fahiza tidak boleh berbual di telefon atau keluar dengan kawan-kawannya. Sebab itulah Fahiza tiada teman di sekolah. Dia selalu bersendirian. Fahiza marah. Dia cuba tidak berbual dengan bapanya satu hari itu, tetapi bapanya tidak begitu senang hati apabila Fahiza tidak berbual dengannya.

Fahiza sedang membuat kerja sekolahnya di bilik. Tidak ada angin atau ribut, ayahnya masuk ke biliknya denga rotan dan lalu memukulnya. Ayahnya tidak berkata apa-apa lalu keluar dari bilik Fahiza dan keluar rumah. Fahiza menangis. Belakangnya pedih dan berlebam. Dia mahu pangkuan ibunya tetapi ibunya sedang berkerja. Fahiza terlentang di lantai sambil menangis tersedu-sedu.

"Saya amat sayangi ayah saya. Saya tidak mahu mengecewakannya. Saya telah lulus peperiksaan saya dengan markah yang terbaik di sekolah tetapi katanya masih tidak cukup. Saya mahu semua ini berhenti!" teriak Fahiza.

"Saya telah mengorbankan masa saya untuknya tetapi apa yang dia tahu? Rumah saya bukan rumah yang semua panggilkan damai. Rumah ini seperti perangan Jepun dan Amerika," suara nadanya semakin perlahan.

Puan Halimah terpegun. Murid ini takut bukan kerana keganasan ayahnya tetapi untuk kasih sayang dan perhatian orang yang telah menderanya seumur hidupnya. Keyakinan murid ini amat mengejutkan Puan Halimah kerana dia tahu apa yang Fahiza mahu itu tidak akan terkabul.


8:19 AM