Wednesday, March 08, 2006
Rahimah bte Muhammad IqbalBlok 753 Yishun Street 13#07-351Singapura 76075307.03.2006Kepangkuan Saudari Rina binte Ramlydengan selamatnya.Apa khabar? Sudah lama kita tidak bertemu. Saya amat berharap agar saudari sihat sejahtera bersama orang yang tersayang. Terima kasih keatas ucapan saudari itu.
Sebenarnya, ia tidak begitu susah untuk mendapat markah yang cemerlang untuk Bahasa Melayu. Kamu harus bekerja keras dan berlatih selalu. Saya banyak membaca novel Melayu. Kebanyakan buku-buku itu dipinjam dari perpustakaan sekolah saya. Jika tidak silap tafsiran saya, ada lagi buku-buku Melayu yang lebih menarik dan mutu Bahasa Melayu yang lebih tinggi baik selain dari perpustakaan sekolah saya.
Bukan membaca buku sahaja telah meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu tetapi latihan-latihan yang diberi oleh guru saya telah menolong saya dapatkan markah yang cemerlang. Kamu juga boleh membeli buku latihan bahasa Melayu di kedai buku. Bukan begitu susah untuk mencari buku latihan itu kerana saya pasti ada berbagai jenis buku latihan yang dijual.
Setiap hari, saya tepikan masa selama satu jam untuk melatih buat latihan bahasa Melayu. Bila saya ada masa lapang, saya akan membaca buku. Untuk meningkat bahasa Melayu kamu, ia tidak perlu banyak masa. Kamu juga boleh mencuba berbual bahasa Melayu di rumah ataupun berbual bahasa Melayu bersama rakan-rakan kamu.
Saya tidak mengambil tusyen bahasa Melayu tetapi pada pendapat saya, ia juga boleh meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu kamu.
Saudari, saya akan mengakhiri surat ini. Saya harap langkah-langkah ini dapat menolong kamu dalam bahasa Melayu. Semoga kamu dapat markah yang cemerlang untuk peperiksaan Bahasa Melayu kamu. Semoga kita boleh berjumpa lagi. Wassalam.
Yang benar,
Hashimah Bte Muhd Alias
10:42 AM