Wednesday, April 26, 2006
Suasana di bilik kaunseling itu tenag dan sunyi. Puan Halimah duduk di kerusi, matanya sayu merenung Fahiza.
"Saya sebagai anak terbuang, cikgu. Tidak ada kedamaian lagi dalam hidup saya sekarang," kata Fahiza dengan penuh hiba. Air matanya bergenang di kelopak mata. Fahiza mengesat matanya lalu memandang ke tingkap. Kenangan-kenangan silamnya itu menghantui pikirannya. Dia berasa takut.
Puan Halimah merenung ke mata Fahiza. Muka perempuan itu pucat seperti ternampak hantu tapi dia tahu ia tidak mungkin. Masalahnya tidak ada kena-mengena dengan hantu tetapi masalah yang tidak begitu susah untuk Puan Halimah mengesan. kerana kebanyakan murid-murid yang dia telah kaunsel selalunya ada masalah dengan keluarga.
Fahiza mahu mengeluarkan perasaannya terhadap Puan Halimah tetapi apabila dia mahu bercakap, wajah ayahnya terpampar di kepalanya. Ayahnya, seorang yang penyanyang, telah berubah sejak Fahiza masuk ke sekolah menengah. Dia semakin tegas. Fahiza tidak boleh berbual di telefon atau keluar dengan kawan-kawannya. Sebab itulah Fahiza tiada teman di sekolah. Dia selalu bersendirian. Fahiza marah. Dia cuba tidak berbual dengan bapanya satu hari itu, tetapi bapanya tidak begitu senang hati apabila Fahiza tidak berbual dengannya.
Fahiza sedang membuat kerja sekolahnya di bilik. Tidak ada angin atau ribut, ayahnya masuk ke biliknya denga rotan dan lalu memukulnya. Ayahnya tidak berkata apa-apa lalu keluar dari bilik Fahiza dan keluar rumah. Fahiza menangis. Belakangnya pedih dan berlebam. Dia mahu pangkuan ibunya tetapi ibunya sedang berkerja. Fahiza terlentang di lantai sambil menangis tersedu-sedu.
"Saya amat sayangi ayah saya. Saya tidak mahu mengecewakannya. Saya telah lulus peperiksaan saya dengan markah yang terbaik di sekolah tetapi katanya masih tidak cukup. Saya mahu semua ini berhenti!" teriak Fahiza.
"Saya telah mengorbankan masa saya untuknya tetapi apa yang dia tahu? Rumah saya bukan rumah yang semua panggilkan damai. Rumah ini seperti perangan Jepun dan Amerika," suara nadanya semakin perlahan.
Puan Halimah terpegun. Murid ini takut bukan kerana keganasan ayahnya tetapi untuk kasih sayang dan perhatian orang yang telah menderanya seumur hidupnya. Keyakinan murid ini amat mengejutkan Puan Halimah kerana dia tahu apa yang Fahiza mahu itu tidak akan terkabul.
8:19 AM
Wednesday, March 08, 2006
Rahimah bte Muhammad IqbalBlok 753 Yishun Street 13#07-351Singapura 76075307.03.2006Kepangkuan Saudari Rina binte Ramlydengan selamatnya.Apa khabar? Sudah lama kita tidak bertemu. Saya amat berharap agar saudari sihat sejahtera bersama orang yang tersayang. Terima kasih keatas ucapan saudari itu.
Sebenarnya, ia tidak begitu susah untuk mendapat markah yang cemerlang untuk Bahasa Melayu. Kamu harus bekerja keras dan berlatih selalu. Saya banyak membaca novel Melayu. Kebanyakan buku-buku itu dipinjam dari perpustakaan sekolah saya. Jika tidak silap tafsiran saya, ada lagi buku-buku Melayu yang lebih menarik dan mutu Bahasa Melayu yang lebih tinggi baik selain dari perpustakaan sekolah saya.
Bukan membaca buku sahaja telah meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu tetapi latihan-latihan yang diberi oleh guru saya telah menolong saya dapatkan markah yang cemerlang. Kamu juga boleh membeli buku latihan bahasa Melayu di kedai buku. Bukan begitu susah untuk mencari buku latihan itu kerana saya pasti ada berbagai jenis buku latihan yang dijual.
Setiap hari, saya tepikan masa selama satu jam untuk melatih buat latihan bahasa Melayu. Bila saya ada masa lapang, saya akan membaca buku. Untuk meningkat bahasa Melayu kamu, ia tidak perlu banyak masa. Kamu juga boleh mencuba berbual bahasa Melayu di rumah ataupun berbual bahasa Melayu bersama rakan-rakan kamu.
Saya tidak mengambil tusyen bahasa Melayu tetapi pada pendapat saya, ia juga boleh meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu kamu.
Saudari, saya akan mengakhiri surat ini. Saya harap langkah-langkah ini dapat menolong kamu dalam bahasa Melayu. Semoga kamu dapat markah yang cemerlang untuk peperiksaan Bahasa Melayu kamu. Semoga kita boleh berjumpa lagi. Wassalam.
Yang benar,
Hashimah Bte Muhd Alias
10:42 AM
Friday, February 17, 2006
Jika Kamu Diberi Peluang Apakah Jenis Perniagaan Yang Ingin Kamu Ceburi ..Saya ingin ceburi perniagaan yang menjual pelbagai jenis kopi. Idea ini telah dipengaruhi oleh kedai kopi Starbucks. Tempat itu telah dijunjungi oleh saya dan rakan-rakan saya juga. Oleh kerana kakak dan abang saya telah bekerja di syarikat itu, saya pun teringin sejak kecil dahulu untuk bekerja di sana apabila saya sudah habis pemeriksaan peringkat biasa.
Oleh kerana saya amat minati muzik, saya juga ingin masukkan konsert kecil-kecil yang dibintangi oleh kumpulan-kumpulan tanah air kami untuk perniagaan saya itu. Saya ingin menyokong dan membesarkan nama-nama kumpulan-kumpulan Singapura. Dengan mempamerkan persembahan ini, ia akan menarik pelanggan ke perniagaan saya. Dari itu, perniagaan saya akan berjaya.
11:08 AM
Monday, February 13, 2006
Idola
Setiap seseorang ada meminati idola dari Malaysia sampai ke Amerika. Idola-idola saya mesti pandai bermain gitar dan lagunya mesti bermakna. Saya minati kumpulan 'rock' seperti The Strokes. Kumpulan ini telah lama wujud dalam industri muzik. Ramai remaja-remaja Singapura minati lagu mereka yang rancak itu. The Strokes juga ada pernah hadapi beberapa gagalan yang amat sukar untuk peminatnya dan mereka juga. Tetapi itu berlaku beberapa tahun dahulu, sekarang mereka telah rekod album terbaru 'First Impressions Of Earth'. Album itu terlalu hangat sampai album itu susah untuk dicari. Selain The Strokes, saya juga minati Gerhana Skacinta dan Fishtank. Gerhana Skacinta ialah kumpulan dari Malaysia dan Fishtank ialah kumpulan yang berusul di negara yang ada berbagai kaum, Singapura, negara kesayangan ku. Saya menyokong kumpulan tanah air kami. Mereka perlukan kesokongan dan bimbingan supaya berjaya dalam industri muzik Singapura. Adakala, kumpulan-kumpulan ini hanya bermain muzik untuk sebagai minat ataupun untuk mempengaruhi remaja-remaja Singapura tentang bakat mereka semulajadi.
Cium dan Peluk,
Suhana
11:18 AM